Minggu, 21 Juli 2013

CARA MEMASAK AYAM KURMA

AYAM MASAK KURMA..

rsz_korma_ayam
 
Kurma ayam, kalau budak2 yang tak biasa, sah2 mereka ingat ayam yang dimasak bersama buah kurma. Masak kurma antara kegemaran Bak, dia suka samada kurma daging atau ayam, janji jangan pedas. Kurma juga sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi kosong dan juga pelbagai jenis nasi2 yang lain. Kurma selalunya berkuah agak cerah, namun ada juga yang gelap. Tiada resipi yang tertentu bagi mat, ikut kesesuaia bahan2, tapi harus ada rempah kurma. Buat masa sekarang ni mat lebih selesa menggunakan rempah kurma Baba's. Rasa dia sedap dah tidak lah terlalu "keras". Kurma yang selalu mat masak, akan diletak sedikit kerisik, tapi malang, kerisik kehabisan, rasa macam kurang lengkap pulak. Tapi masih ok dan sedap. Kebiasaannya masakan kurma berkuah agak pekat tapi kalau anda suka sedikit cair juga ok, at the end yang nak makan pun bukan orang lain, anda dan keluarga anda juga...Oh yea tahniah mat untuk blogger ini, kenapa, anda boleh baca sendiri....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
1 biji tomato merah, didadu
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji bawang besar belah 4
1/2 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
1 camca besar bawang goreng
2 1/2 camca besar penuh rempah kurma Baba's
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh minyak sapi
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji
BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar, hiris
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan rempah kurma dengan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biar hingga larut. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato dadu dan masak hingga tomato layu.
  2. Masukkan rempah kurma + bahan kisar halus tadi dan masak hingga rempah garing, kacau selalu dan guna api kecil. Masukkan ayam, bawang goreng dan kentang. Gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam dan bahan2 lain tenggelam). Biar mendidih.
  3. Masak hingga kentang empuk dan ayam masak, masukkan pati santan, belahan cili merah/hijau dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar mendidih perlahan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar